Monday 11 March 2013

Selamat Datang Ke Laman SMKKB

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas terletak di utara negeri Kedah Darul Aman iaitu 12 km dari Alor Setar dan 6 km dari Jitra. Sekolah ini terletak di penjuru Daerah Kota Setar dan hampir ke sempadan Daerah Kubang Pasu.


Sejarah SMKKB

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan pada 1 Januari 1976 untuk menampung kekurangan sekolah-sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu terutamanya bagi pelajar-pelajar di sekitar Kampung Lengkuas, Kampung Bukit Pinang, Kampung Lepai dan Kampung Hutan Kampong. Pada waktu itu terdapat lebih kurang 300 orang pelajar menghadapi masalah untuk pergi ke sekolah menengah yang hampir dengan tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar yang ingin ke tingkatan satu terpaksa memilih sama ada ke SMK Tunku Abdul Malik, Alor Merah sejauh 16 km dari tempat tinggal mereka atau SMK Jitra yang jauhnya hampir 13 km dari rumah mereka. sekolah-sekolah tersebut juga sudah mempunyai ramai pelajar dan tidak mampu menampung lebih ramai lagi pelajar.

    Pihak Jabatan Pelajaran Kedah pada waktu itu telah mengisytiharkan penubuhan sekolah ini pada tahun 1976 walaupun bangunannya belum ada. Pembinaan sekolah ini hanya bermula pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, persetujuan telah dibuat dengan kerjasama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas agar sekolah ini ditumpangkan di sekolah tersebut dengan sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.

    Pada tahun pertama sekolah ini ditubuhkan, En. Nordin Bin Dahaman telah dilantik sebagai Pengetua dengan jumlah pelajar seramai 245 orang. Pada awalnya hanya terdapat 6 kelas Tingkatan Peralihan dan lima kelas lagi Tingkatan Satu aliran Sains Rumah Tangga/ Sains Pertanian. Pada masa itu  tenaga pengajar hanya terdiri daripada 8 orang guru penolong, tiga daripadanya adalah guru sementara. Tetapi kini setelah 37 tahun berlalu, sekolah ini telah mempunyai 60 orang guru, 10 orang staff dan seramai 832 orang pelajar.

                         Lencana Sekolah


Penerangan Logo

MERAH 
Semangat yang kental untuk belajar bagi mencapai kejayaan yang cemerlang

PUTIH 
Kesucian dari segi mental dan fizikal serta suci dalam tutur kata

HIJAU 
SMKKB dikelilingi oleh dengan kawasan pertanian iaitu sawah padi yang menghijau dalam keadaan harmoni

VISI SEKOLAH

"SMKKB akan menjadi salah sebuah sekolah menengah harian luar bandar yang cemerlang di Kedah menjelang 2015"

FALSAFAH SEKOLAH

"Mempercayai bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan untuk berkembang maju dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek jika mendapat peluang dan bimbingan yang bijaksana dan berterusan."

MATLAMAT SEKOLAH

"SMKKB berazam melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, patuh kepada Tuhan, taat kepada negara, memiliki sahsiah terpuji, berketrampilan dan berkemampuan memberi sumbangan kepada keluarga, agama, masyarakat, dan negara."

MISI SEKOLAH
  • Mempertingkatkan kecekapan mengurus dengan berkesan dalam semua bidang.
  • Berusaha untuk meletakkan pencapaian kurikulum pada tahap cemerlang.
  • Menggalakkan penglibatan menyeluruh dan mencapai kejayaan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, dan berakhlak mulia.
  • Membudayakan penggunaan ICT untuk membangun dan memantapkan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.





No comments:

Post a Comment